Selamat Datang ke Sistem Pengurusan Inovasi & Kreatif Pahang (PIKIR)

HUB INOVASI PAHANG (HIP)
 
DEFINISI INOVASI HARI INOVASI PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PEMENANG ANUGERAH INOVASI TAHUN 2024

Berdasarkan kepada Kamus Dewan Edisi Ke-4, Inovasi membawa maksud sesuatu yang baru diperkenalkan yang meliputi kaedah, sistem, adat dan lain-lain.

Dalam erti kata lain ia menjurus kepada kaedah atau usaha mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi dan kehidupan masyarakat.

Idea-idea tersebut boleh diperolehi dari dalam dan luar atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baharu atau disesuaikan untuk digunapakai mengikut keperluan jabatan/agensi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa transformasi atau perubahan kepada amalan sedia ada. Secara prinsipnya, inovasi boleh dihasilkan dalam bentuk produk, perkhidmatan, proses dan teknologi.

Pejabat SUK Pahang melihat pembudayaan inovasi kepada rakyat Negeri Pahang perlu diadakan sebagai usaha unutk mendidik dan menyemai kesedaran dan kepentingan inovasi dan kreativiti sebagai salah satu tunjang pencapaian negara maju seperti disasarkan dalam Wawasan 2020.

ADAKAH ANDA SEORANG YANG BERINOVASI?

Sekiranya anda mempunyai idea inovasi untuk diketengahkan, silalah kemukakan idea tersebut disini:-

                       Idea Awam.
BIL TAJUK INOVASI
Tiada Rekod Dijumpai..
[ kembali ]

Hak Cipta Terpelihara © 2017 Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
Paparan terbaik dengan menggunakan Mozilla Firefox (1024 x 768 piksel)